Khazanah Laut Dan Pantai Untuk Kesihatan (Siri 3)

Siri ketiga dan terakhir ini menerangkan kebaikan cahaya matahari dan lain-lain perkara yang berkaitan dengan laut.

CAHAYA DAN PANAS MATAHARI

Aktiviti mandi dan bersantai di bawah panas matahari memberi banyak kebaikan kepada tubuh dan minda anda.

Langit membiru

Langit membiru

1. Pembekal setia vitamin D

Seperti yang diketahui manusia perlu meluangkan sekurang-kurangnya 30 minit di bawah sinar matahari setiap hari. Cahaya matahari merangsang pengeluaran vitamin D di dalam badan yang membantu mengurangkan risiko serangan jantung, osteoporosis, Alzheimer, dan kemurungan disamping meningkatkan sistem imun, mengurangkan jerawat dan memerangi Diabetes Jenis 2 (penghidap diabetes yang tidak bergantung pada insulin, lebih daripada 90% penghidap diabetes adalah penghidap jenis ini dan selalunya mereka adalah berumur dan memiliki berat badan berlebihan).

Vitamin D membantu mengurangkan risiko kanser! Penghasilan Vitamin D adalah rendah pada manusia, terutama pada mereka yang sentiasa berada di pejabat, berhawa dingin. Oleh itu ayuh kita ke pantai! Tetapi jangan terdedah terlalu lama terutama ketika terik tengahari untuk mengelakkan mendapat kanser kulit pula.

  1. Anti kemurungan

Ternyata panahan matahari membuatkan anda lebih bahagia. Mereka yang tidak meluangkan masa sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari di bawah sinar matahari adalah 9 kali lebih berkemungkinan menghidap kemurungan. Abaikan iklan losyen yang menayangkan wanita berlari-lari menjauhi sinaran matahari, tetapi senyumlah menyambut sinarannya, terutama ketika anda berada di pantai.

  1. Mencantikkan kulit dan rambut

Sinaran matahari juga menjadikan anda kelihatan lebih menawan, maka jadikan manfaat ini sebagai faktor utama anda ke pantai. Cahaya matahari merangsang pengeluaran melanin dalam kulit yang mencantikkkan kulit, juga menyerikan rambut.

  1. Mengeluarkan peluh

Terdedah kepada matahari dan habanya juga menjadikan anda berpeluh yang bagus untuk meningkatkan tahap peredaran darah dan metabolisme anda. Berpeluh adalah sangat sihat. Ia membantu membuang toksin berlebihan dan menyejukkan badan. Rangsangan daripada berpeluh juga meningkatkan kadar denyutan jantung. Jadi, jangan takut untuk mengeluarkan peluh dan berjemur di pantai.

RUMPAI DAN MAKANAN LAUT

Rumpai laut merupakan salah satu agen kesihatan semulajadi yang paling berevolusi dan luar biasa sepanjang zaman. Kajian yang dijalankan oleh seorang ahli biokimia menerangkan manfaat rumpai laut adalah mengejutkan. Makanan laut seperti ikan, ketam, tiram dan udang karang yang lazat juga baik untuk otak dan jantung.

  1. Rumpai laut

Rumpai laut mengandungi anti-oksidan yang sehingga 100 kali lebih berkesan berbanding anti-oksidan tradisional yang terdapat pada Vitamin C dan E. “Super-anti-oksidan” ini pastinya mempunyai manfaat kesihatan yang menakjubkan. Kajian menunjukkan bahawa pengambilan makanan tambahan rumpai laut dalam masa enam minggu boleh:-

  • mengurangkan kolesterol LDL (buruk) dan meningkatkan kolesterol HDL (baik);
  • meningkatkan keanjalan dan keterbukaan arteri;
  • meningkatkan daya ingatan dan ketajaman mental; dan
  • meningkatkan peredaran darah dan membantu mendapatkan tidur yang lebih baik.
  1. Makanan laut

Makanan laut mengandungi Omega 3 yang tinggi. Omega 3 adalah sejenis asid lemak yang diperlukan tubuh untuk tubuh berfungsi secara optimum. Biasanya tubuh kita dihujani dengan asid lemak Omega 6 yang didapati daripada  produk yang dibungkus. Lebih 70% manusia kekurangan Omega 3 kerana kesukaran untuk mendapatkannya. Beberapa makanan yang mengandungi Omega 3 selain daripada makanan laut adalah minyak nabati, sayuran hijau, kekacang dan avokado. Tetapi ikan dan minyak ikan membekalkan kandungan Omega 3 yang paling tinggi.

Ikan laut segar bakar

Ikan laut segar bakar

Omega 3 mengawal lemak trigliserida di dalam darah, juga mengurangkan pembekuan darah, keradangan, risiko penyakit jantung, risiko strok, dan sumber penting dalam pengeluaran tisu otak dan tisu mata. Kerana kepentingan ini Omega 3  sering ditambah ke dalam susu formula bayi.

Semoga kebaikan-kebaikan yang dinyatakan didalam Siri 1 hingga 3 ini lebih memesrakan diri anda dan keluarga dengan pulau, laut dan pantai. Adalah satu kerugian jika kita sebagai warga Malaysia dan Asia Tenggara yang tanahnya dikelilingi pulau-pulau yang indah, laut dan pantai yang cantik,  tetapi tidak menghargai khazanah berharga ini.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

One Response to Khazanah Laut Dan Pantai Untuk Kesihatan (Siri 3)

  1. eda says:

    Menghayati keindahan laut dan pantai memang asyik…dengan angin pantai yg lembut …hmm..boleh terlelap dibuatnya…Anak-anak pun sukakan pantai & air laut. Emaknya pulak takutkan air…hehe…Tapi tu laa…kat area bandar cam KL ni manaa laa nak carik pantai….nasib baik laa sekarang ni ada pasir kinetik…blh la fefeeling main pasir pantai walaupun kat dalam rumah. Jadilaaa….nanti mak bapaknya free sket blh ajak pi PD..Cuti sekolah pun dah tak lama dah ni…lalalalala….

    http://funkineticsand.com/
    http://funkineticsand.com/blog/
    https://www.facebook.com/kiddoplaystore?_rdr

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *